Close

News Details

Bioline Lancarkan Rangkaian Penuh Cerakin EPIK™ miRNA

January 10, 2017

CINCINNATI, Jan. 11, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) — Bioline, Syarikat PCR, anak syarikat milik penuh Meridian Bioscience Inc. (NASDAQ:VIVO) hari ini mengumumkan pengembangan Cerakin PIlih EPIK™ miRNA yang asalnya dibangunkan untuk kajian molekul mikroRNA (miRNA) individu. Dengan kerjasama MiRXES, Bioline mengeluarkan 800 Cerakin Pilih EPIK™ miRNA pada Mac 2016 dan ini telah bertambah untuk merangkumi semua organisma yang disenaraikan dalam miRBase keluaran 21, yang mewakili lebih 27,000 cerakin miRNA. Kajian baru-baru ini terus menunjukkan nilai klinikal molekul miRNA individu yang dibebaskan daripada tisu dan sel. Ekspresi sesetengah molekul miRNA individu berhubung kait dengan keadaan penyakit tertentu menjadikannya calon biopenanda yang kuat untuk pengesanan awal penyakit, ramalan penyakit dan pemantauan rawatan bagi manusia dan organisma lain.

Setiap cerakin direka oleh MiRXES secara in silico menggunakan algoritma berasaskan termodinamik proprietari dan termasuk primer transkriptase membalik tertentu miRNA dan primer PCR masa nyata bersarang hemi bersama transkriptase membalik Bioline, SensiSMART™ dengan SYBR®1 Green dan penampan beroptimum tinggi. Cerakin yang terhasil membolehkan pengesanan miRNA yang tahapnya sangat rendah dengan kekhususan yang sangat tinggi dan membenarkan pembezalayanan di antara jujukan miRNA yang berkaitan rapat.

Marco Calzavara, Presiden Bioline mengulas, “Saya berbesar hati untuk mengumumkan pengembangan Cerakin Pilih EPIK miRNA. Portfolio cerakin miRNA berkualiti tinggi yang bertambah ini akan lebih membantu penyelidik dengan pemprofilan ekspresi miRNA, pengkuantitian dan dalam penemuan biopenanda.”

Richard L. Eberly, Presiden, Ketua Pegawai Komersial berkata, “Pengeluaran rangkaian penuh Cerakin Pilih EPIK miRNA dan prestasinya yang dipertingkatkan merupakan penambahan yang penting pada portfolio kami. Ia meningkatkan fleksibiliti alat penyelidikan yang sangat berguna ini dengan membolehkan lebih ramai pelanggan sains hayat kami mencipta cerakin diagnostik molekul yang tepat dan tidak invasif pada manusia dan organisma lain.”

Mengenai Meridian Bioscience Inc. 
Meridian ialah syarikat sains hayat berintegrasi penuh yang membangunkan, mengilang, memasarkan dan mengedar pelbagai jenis kit ujian diagnostik yang inovatif, reagen nadir, biologi dan komponen khusus. Dengan menggunakan pelbagai kaedah, ujian diagnostik kami memberikan ketepatan, keringkasan dan kepantasan pada diagnostik dan rawatan awal dan keadaan perubatan biasa seperti jangkitan dan keracunan plumbum. Produk diagnostik Meridian digunakan di luar tubuh manusia dan memerlukan sedikit atau tiada peralatan khas. Produk diagnostik Syarikat ini direka bagi meningkatkan kesejahteraan pesakit di samping mengurangkan jumlah kos penjagaan kesihatan. Meridian mempunyai kedudukan pasaran yang kukuh dalam bidang jangkitan gastrousus dan pernafasan bahagian atas serta ujian tahap plumbum dalam darah. Di samping itu, Meridian ialah pembekal reagen nadir serta biologi dan komponen khusus yang digunakan oleh organisasi dalam industri sains hayat dan agrobio yang terlibat dalam kajian serta oleh syarikat sebagai komponen dalam pembuatan diagnostik. Syarikat memasarkan produk dan teknologinya kepada hospital, makmal rujukan, pusat penyelidikan, pengilang diagnostik dan syarikat agribio di lebih daripada 70 buah negara di seluruh dunia. Saham Syarikat ini diniagakan dalam NASDAQ Global Select Market, simbol VIVO. Alamat tapak web Meridian ialah www.meridianbioscience.com.

UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Bioline, sila lawati https://www.bioline.com.

__________________________________________
1 SYBR ialah tanda dagangan Thermo Fisher Scientific.




Contact Data

MAKLUMAT HUBUNGAN:
Richard L. Eberly
Presiden, Ketua Pegawai Komersial
Meridian Bioscience Inc.
Telefon: 513.271.3700
rick.eberly@meridianbioscience.com
Welcome to
logo blue

Please select your country to continue

Continue
CN