News Details

Bioline Melancarkan Kit Pengkuantitian DNA JetSeq Baharu

March 28, 2017

CINCINNATI, March 28, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) — Bioline, Syarikat PCR, iaitu anak syarikat milik penuh Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO) hari ini mengumumkan pengembangan lanjutan portfolio JetSeq™ untuk penyediaan sampel Penjujukan Generasi Mendatang (NGS).

Kit Pengkuantitian Pustaka JetSeq™ baharu merupakan asai berasaskan qPCR yang memberikan pengkuantitian serpihan DNA berligat penyesuai yang pantas, tepat dan sensitif apabila penyediaan pustaka NGS yang serasi dengan Illumina. Kit Pengkuantitian Pustaka JetSeq™ bergantung pada SYBR®1 Green I untuk pengesanan dan mengandungi semua komponen yang diperlukan bagi pengkuantitian pustaka, termasuk penimbal pencairan, primer penyesuai P5 dan P7 serta enam piawai DNA pracair untuk meminimumkan penggunaan pipet, mengurangkan kebolehubahan dan dengan itu, meningkatkan kebolehulangan. Kit ini mempunyai piawai yang cukup untuk mengkuantitikan lapan belas pustaka pada plat individu atau sehingga tujuh puluh enam pustaka apabila berbilang pustaka dikuantitikan pada plat yang sama.

Marco Calzavara, Presiden Bioline mengulas, “Pengeluaran Kit Pengkuantitian Pustaka JetSeq™ baharu ini melengkapi kit penyediaan Pustaka JetSeq™ yang dilancarkan oleh Bioline pada bulan yang lalu, yang memacu kami ke dalam bidang NGS dengan lebih lanjut. Kit ini terbina atas pengetahuan mendalam kami dalam qPCR, dan memberikan penyelesaian yang pantas, sensitif dan boleh dipercayai untuk menentukan kepekatan pustaka dan memberikan keyakinan kepada pelanggan dalam ketumpatan gugusan yang dimuatkan pada platform penjujukan Illumina.”

Richard L. Eberly, Presiden, Ketua Pegawai Komersial, berkata, “Kami berbesar hati untuk mengumumkan pengeluaran Kit Pengkuantitian Pustaka JetSeq™; ini merupakan tambahan penting kepada portfolio produk NGS kami yang makin bertambah serta memberi pelanggan sains hayat kami keyakinan yang lebih tinggi dalam pengkuantitian pustaka penjujukan mereka. Pembangunan lanjutan rangkaian JetSeq™ ini menunjukkan komitmen kami, bukan hanya untuk pembangunan dan pengembangan produk daripada Bioline yang berterusan, tetapi juga kepada pelanggan kami, dengan memberi mereka sokongan yang lebih tinggi dalam pasaran yang berkembang pesat ini.”

Mengenai Meridian Bioscience, Inc.
Meridian ialah syarikat sains hayat berintegrasi penuh yang membangunkan, mengilangkan, memasarkan dan mengedar pelbagai jenis kit ujian diagnostik yang inovatif, reagen nadir, teknologi dan komponen biologi khusus. Dengan menggunakan pelbagai kaedah, produk dan ujian diagnostik kami ini dapat menyediakan ketepatan, keringkasan dan kepantasan apabila mendiagnosis secara awal dan merawat keadaan perubatan biasa seperti jangkitan dan peracunan plumbum. Produk diagnostik Meridian digunakan di luar tubuh manusia dan memerlukan sedikit atau tiada peralatan khas. Produk diagnostik Syarikat ini direka bentuk bagi meningkatkan kesejahteraan pesakit di samping mengurangkan jumlah kos penjagaan kesihatan. Meridian mempunyai kedudukan pasaran yang kukuh dalam bidang jangkitan gastrousus dan pernafasan bahagian atas serta ujian tahap plumbum dalam darah. Di samping itu, Meridian ialah pembekal reagen nadir, teknologi dan komponen biologi khusus yang digunakan dalam industri sains hayat dan agrobiologi yang melibatkan kajian serta digunakan oleh syarikat sebagai komponen dalam pembuatan diagnosis. Syarikat memasarkan produk dan teknologinya kepada hospital, makmal rujukan, pusat penyelidikan, pengilang diagnostik dan syarikat agribio di lebih daripada 70 buah negara di seluruh dunia. Saham Syarikat ini diniagakan dalam NASDAQ Global Select Market, simbol VIVO. Alamat tapak web Meridian ialah www.meridianbioscience.com.

UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Bioline, sila lawati https://www.bioline.com.

1 SYBR ialah tanda dagangan Thermo Fisher Scientific.




Contact Data

MAKLUMAT HUBUNGAN:
Richard L. Eberly
Presiden, Ketua Pegawai Komersial
Meridian Bioscience, Inc.
Telefon: 513.271.3700
Rick.eberly@meridianbioscience.com
Welcome to
logo blue

Please select your country to continue

Continue
CN