Close

News Details

Meridian Bioscience Mengumumkan Pelancaran Ujian Pantas TruQuick™ bagi Asia Pasifik

February 6, 2017

CINCINNATI, Feb. 06, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) — Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO) hari ini mengumumkan pelancaran TruQuick™, iaitu menu produk titik penjagaan yang menyeluruh bagi ujian pantas untuk diagnosis penyakit tropika, berjangkit, kelamin, pernafasan, gastrousus, kanser dan penyakit jantung. Menu produk ini akan membolehkan Meridian meluaskan portfolio produk ujian pesat nilai tingginya untuk operasi komersial di Asia Pasifik dan pasaran baru lain di seluruh dunia.

TruQuick™ adalah menu immunoassay kualitatif aliran sisi kromatografi yang melebihi 60 produk. Ujian pantas TruQuick™ boleh membantu dalam keputusan diagnosis patogen berjangkit dan penyakit akut penting dalam masa 10 hingga 20 minit dengan tahap ketepatan dan kelajuan yang tinggi. Meridian memahami keperluan ujian klinikal di Asia dan pasaran lain yang baru untuk kelajuan, kepekaan, kekhususan dan keluasan barisan produk.

Lourdes Weltzien, Ph.D., Presiden Meridian Asia Pasifik berkata, “Kami teruja untuk melancarkan jenama ujian pantas baru TruQuick™ untuk pasaran titik penjagaan yang pesat berkembang di rantau Asia Pasifik. Bagi kawasan-kawasan lain di dunia, Meridian akan memperkenalkan jenama produk TruQuick™ dengan pantas berdasarkan permintaan serantau dan keutamaan pendaftaran. ”

Richard L. Eberly, Presiden, Ketua Pegawai Komersial, menyatakan, “Salah satu strategi utama Meridian sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah untuk meluaskan operasi komersial global kami dalam pasaran baru di seluruh dunia. Meridian telah meluaskan operasinya ke China, Singapura, Australia, Afrika dan Amerika Selatan. Portfolio produk untuk pasaran-pasaran baru sedang berkembang pesat. Kami gembira untuk menambah jenama produk titik penjagaan TruQuick™ yang pesat kepada saluran perdagangan kita di pasaran yang penting.”

Mengenai Meridian Bioscience, Inc.
Meridian ialah syarikat sains hayat berintegrasi penuh yang membangunkan, mengilangkan, memasarkan dan mengedar pelbagai jenis kit ujian diagnostik yang inovatif, reagen nadir, teknologi dan komponen biologi khusus. Dengan menggunakan pelbagai kaedah, produk dan ujian diagnostik kami ini dapat menyediakan ketepatan, keringkasan dan kepantasan apabila mendiagnosis secara awal dan merawat keadaan perubatan biasa seperti jangkitan dan peracunan plumbum. Produk diagnostik Meridian digunakan di luar tubuh manusia dan memerlukan sedikit atau tiada peralatan khas. Produk diagnostik Syarikat ini direka bentuk bagi meningkatkan kesejahteraan pesakit di samping mengurangkan jumlah kos penjagaan kesihatan. Meridian mempunyai kedudukan pasaran yang kukuh dalam bidang jangkitan gastrousus dan pernafasan bahagian atas serta ujian tahap plumbum dalam darah. Di samping itu, Meridian ialah pembekal reagen nadir, teknologi dan komponen biologi khusus yang digunakan dalam industri sains hayat dan agrobiologi yang melibatkan kajian dan oleh syarikat sebagai komponen dalam pembuatan diagnosis. Syarikat memasarkan produk dan teknologinya kepada hospital, makmal rujukan, pusat penyelidikan, pengilang diagnostik dan syarikat agribio di lebih daripada 70 buah negara di seluruh dunia. Saham Syarikat ini diniagakan dalam NASDAQ Global Select Market, simbol VIVO. Alamat laman web Meridian ialah www.meridianbioscience.com.

 




Contact Data

MAKLUMAT HUBUNGAN:
Richard L. Eberly
Presiden, Ketua Pegawai Komersial
Meridian Bioscience, Inc.
Telefon: 513.271.3700
rick.eberly@meridianbioscience.com
Welcome to
logo blue

Please select your country to continue

Continue
CN